Wednesday, September 09, 2009

Syukur

(Sudah lama aku tidak berbahasa di sini. Hari ini aku terasa ingin berbahasa.)

Hari itu, seperti hari-hari biasa, aku online. Kebetulan, pada skala waktu yang sama walaupun terpisah beratus-ratus batu, mak juga sedang online. Rezeki aku dapat ber-YM dengan mak harini. Kadang-kadang, aku voice call atau video call juga dengan mak. Tapi mikrofon mahupun kamera tidak pula ada padaku waktu itu.

Dalam perbualan singkat dengan mak, ada jugak aku mengadu juadah berbuka di sini biasa-biasa saja. Tidaklah sesedap dan selazat masakan yang mak hidangkan di rumah. Kalau aku pulang saja ke rumah, tentu mak akan bertanya padaku, masakan apa yang aku teringin nak makan. Selepas aku mengadu, mak pun berkata padaku,” aiman, aiman kena bersyukur. Ada orang lain tu, buka puasa dgn ubi kayu jek. Tak ada duit pun nak beli makanan mahupun duit untuk membeli bahan masakan.”

Betul juga kata mak. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya, aku masih berpeluang untuk menikmati makanan yang cukup dan berbuka puasa secara sederhana.

Sebenarnya, ada juga aku memasang hasrat untuk menikmati ayam Kenny Rogers dan berbuka puasa di Secret Recipe bila pulang ke KL nanti. Tapi, tidak sanggup pula apabila mengenangkan ada insan-insan lain yang sesuap nasi pun tak dapat nak rasa. Hatta, aku noktahkan saja hasrat itu.

Di sana,
Ada bayi-bayi kecil yang mati kelaparan,
Belum sempat pun membuka mata melihat dunia,
Tidak sempat pun mengenal siapa ibunya.

Di sana,
Keringat bapa satu-satu mencecah bumi,
Berlari, berjalan, merangkak mencari rezeki,
Membuat apa saja agar keluarga terus bernadi.

Di sana,
Titis-titis airmata ibu jatuh ke pipi,
Menahan tangis tanpa bunyi,
Melihat anak menderita tanpa sesuap nasi.


Di sini,
Kita berbunuhan kerana harta dan nama,

Di sini,
Kita berperang kerana kuasa dan empayar,

Di sini,
Kita bersengketa kerana tanah dan pusaka.

Di sini,
Kita tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada.


--------------------------------------------------------------------------------------

Pejam celik pejam celik, dah lebih setahun aku di bumi Kelantan ni. Banyak yang aku lalui dan tempuhi sejak pertama kali kakiku menjejak tanah ini.

Baru-baru ini, aku menerima arahan untuk berpindah ke tempat tinggal lain. Sudah menjadi lumrah, kalau dah meningkat senioriti, pasti aku disuruh untuk berpindah ke hotel atau pun banglo. Mula-mula dulu, aku dengar, tujuannya adalah supaya kami dilatih berenang. Seronok juga aku yang tak reti berenang ni. Tapi, rupa-rupanya,tujuannya kerana villa yang ada sekarang tidak dapat menampung jumlah pelajar yang semakin banyak.

Separuh dari teman-temanku telah berpindah ke Hotel Ridel di Kota Baru. Aku pula disuruh untuk berpindah ke sebuah banglo yang lokasinya di antara Kota Baru dan airport. Sayang pula aku mahu meninggalkan Villa Kuching ini. Banyak kenangan aku di sini. Tapi, biasalah, tiada apa pun yang akan kekal.



2 comments:

sab_chomey said...

mne gambo banglo br?eisy,blum keje lg da dpt banglo...nnti da keje bley la wat umah besar disneyland then kite tlg org2 'disana' 2 k?

aiman said...

sab!! hehe. banglo br tu banglo sekolah sewa. bukan dpt amik banglo bwk blk rumah. hehe. tp, mmg seharusnye kte membantu org di sana. kalo ta boleh pon, paling kurang pn merasa kesian. kan?